Tuesday 18 August 2015

Zoom in Melaka : Seoul Garden, The Shore


Assalamualaikum semua..

Entry pada kali ni aku nak cerita tentang Seoul Garden..


Seoul garden adalah tempat makan ala-ala korea. Ada grill dan ada steamboat.. Macam-macam pilihan yang kita boleh ambil dan adalah secara buffet. Macam haritu aku dengan hubby pergi hari Sabtu untuk lunch, dua orang RM94.00. Memang puas hati.. kenyang gilerrr...haha

Pinggan dan cutlery

Happy me & my hubby

Pilihan kami.. tomyam as steamboat soup





Pilihan marinate untuk grill sangat banyak.. ada ayam, daging lembu, kambing, ketam, sotong, udang dll... macam-macam ada.. dan pebagai perisa, satay, curry, blackpepper, teriyaki, coffe dll.. My fav is chicken bulgogi & chicken BBQ.



My Fav

Satay chicken my husband punya fav


Yang gambar tengah2 tu sume sotong-sotongan ada pelbagai flavor

Seafood ada Lala, udang, stotong kering, ketam etc




Selain marinate ada juga steamboat.. Ada pelbagai pilihan sup, ayam, tomyam, kimchi etc.. dan bahan-bahan nak rebus pun banyak.. ada sayur-sayuran, mee, maggie, bihun, tahu-tahuan, seafood pun ado.. pelbagai..



Ada juga kimchi, coleslaw & potato salad


Pilihan sayur-sayuran & mee. Ada juga lettuce untuk sesiapa yang suka warp ala korea

Pelbagai pilihan sos juga.. sos pencicah.. Memang sedap bila kita cicah sekali. Yummy...

Pelbagai pilihan sos

This is my fav.. garlic chilli sauce - rasa masam. manis



Untuk minuman pulak, masa bayar kita akan dapat cawan kosong dan ada pelbagai pilihan air.. soft drink dan tea..Kalau nak minum air panas pun ada, perlu guna cawan lain. Masa kat kaunter tuh bagitau awal-awal.

Ais hancur untuk minum dan buat ABC


Ais boleh ambil sendiri

Antara pilihan yang ada, ais lemon tea, apple tea, lemonade, white coffe,..


Apple tea untuk husband I
Selain minum air kita juga boleh buat ABC sendiri dan ada pelbagai perisa ais krim di sediakan, kebiasaan ada 6 perisa untuk di pilih serta ada beberapa pilihan untuk toping. Buah-buahan juga ada. Korang juga boleh buat float. Aku penah cube and memang sedap. Pepsi + vanila & cookies ice cream.


Bahan - bahan untuk buat ABC

Pilihan buah - buahan

Toping untuk ais krim..

Pelbagai pilihan ais krim

Pilihanku.. mango & strawberry + corn flake.. TERBAIK

Selain daripada makanan - makanan di atas.. ada juga nasi goreng dan pau. Aku memang tak amek la.. dah kenyang bebenau.




Kalau nak pergi Seoul Garden, better pergi dengan perut yang tengah lapar dan pergi ramai-ramai. Memang seronok. Selain kat The Shore, dekat MP pun ada Seoul Garden. Bagi aku dekat The Shore lagi best sebab orang tak ramai so tak la segan sangat nak jakun-jakun..haha

Highly recommend
***************


- The end -








No comments:

Post a Comment

Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers