Tuesday 4 April 2017

Sharing is caring : Hiking di Bukit Batu Putih, Tg Tuan, Port Dickson

Assalamualaikum readers.

Kalini aku nak share tentang program hiking yang diketuai oleh aku sendiri. Hehe..

Peserta MiCoST


Ni kire pengalaman kali ke 2 aku g hiking. First dulu g Gunung Datuk tapi time tu tak de blog lagi.hehe..

Program ni dinamakan Healthy Hiking sempena program yang kitorang buat kat MiCoST, ade a few program sebelum pergi hiking ni such as blood donation, talk, pertandingan sandwich make over & pertandingan minum air


Disertai kira-kira 50 orang peserta terdiri daripada pelajar MiCoST Fakulti Sains Kesihatan & my colleagues. Dekan pun join tau. Power ke tak power. Haha..

Alkisah pagi tu kitorang pun berkumpul di Kampus Fakulti Sains Kesihatan, MiCoST untuk naik bas.

Makan dulu sebelum bertolak






Perjalanan kira-kira sejam lebih. Sampai je bas tak boleh masuk dalam sangat. So menapak la kitorang ke pintu masuk. Kena baya RM1.00 seorang. Sampai je kitorang kat gerbang tu hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Berlari la masing-masing cari tempat teduh. Nasib ada tandas, semua berteduh kat situ.


CP 1 : Tempat bayar kat pintu gerbang. Ada tandas disediakan.

Nampak tak bangunan warna kuning oren tu lah tandas. Beramai berteduh.



Bergambar sebelum naik

Dalam lebih kurang 10 min selepas ujan reda kitorang pun memulakan warm up. Siap warm up dah kira semua peserta beramai-ramai la kitorang naik. Aku boleh bagi kira ada 4 check point (CP)

Baru nak start journey, semua tengah excited semua.

Mula-mula perjalanan bertar. Dalam 20 min juga la harungi tar. Memang nampak macam ala tar senang je. Tapi bile korang dah naik tu cerun dia ade la 45° aku rasa. Nak tercabut lutut aku ni. Dah la tak gi exercise sebelum hiking. Menyesal sume ade lah dalam pale ni. Tapi buat lex buat cool la sebab depab pelajar kan. Padahal memang dah x tahan. Rase nak give up. Tapi ku teruskan juga . Sampai CP 2 memang rasa nak mintak nyawa.

Pondok ni CP 2. 


Penghujung jalan tar tu, ada rumah api. Aku baca kat Google rumah api kat tanjung tuan ni adalah rumah api pertama dibina di Malaysia. Disebabkan penat yang amat sangat masa naik tadi aku men decide tak pergi la amek gambar ot tengok rumah api tu sebab takut takde energy untuk meneruskan perjalanan. Kira CP 3 lah rumah api ni.

Gambar kat bawah ni kire CP 3. Cuma x de gambar rumah api.





Laluan nak ke Batu Putih tu sebelah kiri, laluan ni menang lalu hutan. Memang best and syok. Plus licin-licin lepas hujan.huhu.. Extra careful okay!

Dalam 20 min juga kot. Ni aku punye pace, kalo orang fit dalam 10 min akan sampai ke Batu Putih tu. Bila dah sampai ke base Batu Putih, agak mencabar sikit. Sebab nak panjat batu tu susah sokit lah. Ada tali. And orang yang sangat la ramai. Maklumlah dah jadi viral sekarang.

Tengoklah tu punya ramai orang. CP4





Tapi bila dah sampai atas tu, view dia pergh!! Memang hilang lah rasa penat mendaki tadi. Terbaik.. Ciptaan Allah. Cantik sangat. Macam tak caya PD ada such a view. Air biru.. Rasa macam nak lepak lama je atas tu nak tatap je keindahan alam tapi sebab dah sampai kat batu tu jam 12pm. Matahari dah mencanak atas kepala. Panas berdesing oo..huhu..

Kalau korang rasa gayat and tak berani panjat maka sampai sini sahaja trek hiking tu. Kira macam puncak. Kalau nak tengok view laut, kena panjat batu putih ni. Bila dah naik tu, pemandangan dia memang breath taking lah wa cakap lu.

Tu lah batu putih. sini lah kawasan yang agak mencabar

Laluan kedua.. sebelah kiri

View left side

Gambar kat bawah ni view daripada atas batu putih. Aku amek daripada pelbagai angle.



Pemandangan sebelah kanan bukit


Bagi can lah nak posing

Rakan sekerja aku.. para pensyarah MiCoST








Dah sampai.. Yay!!

Bila dah naik, makanya kena la turun. Ikutkan hati nak spend time lama sikit tapi aku bawak rombongan so kena lah kejar masa. Masa naik aku lalu laluan kedua sebab laluan utama ni panjang nau Q. So masa nak turun ada seram sikit sebab nampak curam sangat tapi bile turun tu ok jek. 

Hati-hati



Bila turun tu, cepat je sampai. Kira-kira 40 minit la sampai bawah. Aku still tak singgah rumah api sebab nak kejar masa. So kami pun ke Teluk Kemang untuk lunch. 

Laju je nak balik ye


Laju je jalan turun

Dah sampai CP 1


Overall, memang best hiking sini. Paling unik aku rasa sebab boleh nampak laut. Sebab kalau Broga ke, Tabur ke nampak hutan je. Ape pun hiking ni suatu aktiviti yang seronok and paling penting boleh lose weight. hehe.. tapi apae pun safety first. Boleh happy tapi jaga lah kelakuan, berpada-pada. Perlu saling tolong - menolong and memberi semangat pada kawan-kawan. 


- The end -

Friday 24 March 2017

Zoom in Melaka : Roti John Mael Lambong - cheese leleh

Assalamualaikum readers!! ✌🏻✌🏻✌🏻

Korang suka tak cari makanan viral? Sudah menjadi trend sekarang ni. Aku ni tak lah jenis folo the trend. Kalau ada terlalu aku singgah & cuba. Aku hanya recommend makanan yg aku dah cuba & memang sedap & worth untuk di cari. So pada entry kali ni aku nak share kat korang lokasi & rase Roti John Leleh Mael Lambong, yg tengah viral kat fb. Memang berbaloi baloi untuk di cuba & di makan lagi. Aku dah dua kali pergi.

Lokasi : Hang Tuah,Mall - Depan Infasha

Infsha ni kedai mamak. Orang-orang Melaka memang tau & kenal. Walau x pernah makan mesti pernah dengar / ternampak. Hang Tuah Mall tu kat man? Hang Tuah Mall ni bukan mall/shopping centre ye readers sekalian. Dia adalah kawasan pejalan kaki. Berdepan dengan stadium Hang Tuah. Ada banyak deretan kedai & kedai mamak.

Okay cita pasal roti john plak. Apa istimewanya roti john Mael Lambong ni?

Pergh dia punye sedap memang tak boleh gambarkan. Memang kena cuba sendiri. Especially pada penggemar cheese. Portion memang besar. Memang kenyang lah. Jom layan gambar.








Harga dia ade pelbagai depend pada flavor and size. Aku amek size kecik, 6inci, bukan macam panjang roti john biase tu 12" kot. Harga 6" chicken flavor RM9.50 kalo x silap.


So kesimpulannya korang memang perlu cuba sendiri. Berbaloi baloi. 

-The end-


Sharing ia caring : Tikus makmal area Melaka

Assalamualaikum readers!

For entry kali ni aku nak share kepada yang sedang mencari tikus makmal, yg warna putih & mata merah. As science officer, aku la yang kena cari tikus untuk experiment student aku, so ak pun cari kat pet shop. And as u know, pet shop ni pun ambil pada breeder tu kadang-kadang ada stok kadang-kadang tak de stok.

Selain guna untuk experiment ada juga orang cari untuk bagi makan ular. Pada pencinta ular yang menjadikan ular ni pet, so diorang pun cari tikus.

Ada sorang pembantu aku cari la kat online and dia jumpa En Zary ni. Bukan owner pet shop tapi breeders. A lot of tikus / lab rat. Boleh tengok gambar tempat breeder tu 👇🏻


Kanan tu lah kandang


Kanan tu jalan masuk ke kandang

Sebelah kanan ni rumah owner kandang belakang x de dlm gambar

Ni jalan menuju ke kandang


 Pintu masuk

Pintu masuk ke kandang

Bahagian dalam kandang

Keadaan dalam kandang. Banyak sangkar tikus.


Owner En Zary

A lots of sangkar

Nampak tak tikus tu.rakus sebab belum makan.

Tikus makmal

Sangkar untuk tikus yang sakit. Healing process.

Baby tikus

Itu lah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan. Kalau nak tau lebih lanjut. Info berkenaan En Zary ade di bawah ni.

Nama : En Zary
Alamat : Pokok Mangga, Melaka - boleh whatsapp en zary minta dia share location. Masa pergi jangan pelik tempat dia memang kat kawasan perumahan. Bukan petshop/deretan kedai. Kandang buat kat belakang umah. 😀
No hp : 011-16590545

Semoga perkongsian aku dapat membatu korang. Sebab aku tau betapa susah nak cari tikus ni.

- The end -




Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers