Monday 17 August 2015

Zoom in Melaka : Laksa & cendol terbaik

Assalamualaikum readers sekalian.
Anda penggemar laksa? Jangan sedih, kat Melaka ni ada jual laksa utara yang sedap.

Laksa yang nampak yummy and tempting


Nak tau kat mana? Pernah dengar Masjid Tanah? Haaa kat situ la.. Ada deretan gerai di Masjid Tanah yang ada jual laksa & cendol yang sedap dan terbaikkkk.

Ni lah deretan gerainya




Laksa dia memang sedap, cukup rasa ikan, masam, pedas memang perfect la. Aku dengan mak aku memang penggemar tegar laksa utara. Sanggup datang dari rumah yang terletak di Alor Gajah semata-mata nak makan laksa semangkuk. Ok nak tau lokasi? Berdepan dengan D'mart dan KFC.



Kedai D'mart yang berdekatan dengan gerai - gerai


Semangkuk laksa hanya RM3.50. Selain laksa akak tu ada juga jual ABC.

Cukup pedas, masam, masin.. purrrfect!


Bersebelahan kedai laksa tu ada jual cendol. Cendol dia memang terbaik. Cendol buat sendiri. maksud aku yang warna hijau tu.. dia buat sendiri. Lepas tu bila makan time panas memang sedap.. cukup manis, cukup masin.. ade pelbagai jenis cendol. Ada cendol kacang, jagung & pulut. pilih je nak yang mana, Semangkuk RM2.00 kalau bungkus RM3.00

Cendol buatan sendiri... tengok bentuk dan warna.. lain kan..

Cendol kacang my fav



Bila datang makan area sini.. favorite aku dan mak aku adalah, cendol kacang & laksa. Kalau korang x minat dengan laksa atau x minat minum cendol, ada jual ABC dan pelbagai jenis air dekat kedai belakang gerai ni. Boleh je diorang hantar air ke meja korang makan laksa tu. Atau ada juga gerai sebelah laksa yang jual rojak,mee rebus, mee soto, mee kari dan pelbagai lagi. Pokok kata kalau korang lalu area Masjid Tanah, wajib cuba cendol dan laksa ni. Dan kalau mengidam memang haruslah datang.


Sebelum terlupa, pakcik cendol ni ada juga buat untuk majlis kahwin. Ni no untuk dihubungi kalau korang berminat : 012- 651 1253 nama aku pun tak tau. Biasa aku cakap cendol masjid tanah. Dan juga no akk laksa tu 012-3845962 Kak Ina nama dia.

Gerai cendol.. pak cik tu tak de plak time aku datang ni

Gerai sebelah laksa.. ada jual pelbagai masakan mee

Gerai Laksa Utara Power ada ABC juga

Nampak tak? kalau tak sedap tak kan licin kan.. haha





- The end -


No comments:

Post a Comment

Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers