Saturday 28 January 2017

Sharing is caring : Sakit gigi

Assalamualaikum readers!

Harini aku nak share tentang sakit gigi. Merana juga aku dalam 2 minggu. Ceritanya :

Rabu : Gigi geraham kiri bawah aku sakit. Nyut nyut.. Time keje masa tu. Minta kebenaran boss nak time off, nak gi dentist. So pergi lah aku ke poliklinik Ayer Keroh, first kalau gi dentist government mesti diorang cek keseluruhan gigi. Doc cakap ada 4 lubang. Government ni boleh buat 1 kali pergi 1 job je, so aku minta doc tampal gigi geraham yang sakit tu. So da siap tu aku pun balik la.

2 hari selepas(Jumaat) Aku pun pergi lagi sekali dentist kat Ayer Keroh tu. Tapi kali ni nak buat gigi lain, doc cek gigi taring atas kiri lubang agak dalam so aku cakap buat tu la doc. Lepas buat tu mcm biasa la balik

2 hari selepas tu gigi bawah & atas yang tampal tu sakit. Especially yang geraham tu, nyut nyut.. Pastu yang taring tu pulak bila kena air putih, rasa ngilu sangat-sangat. So hari Isnin, aku pergi dentist lagi dengan adik aku. Doc cakap, lubang dalam so mungkin kena buat rawatan akar. Tapi x-ray kat klinik tu rosak, so doc kena buat surat rujukan & kena gi x-ray tempat lain then datang balik baru boleh buat. Dan perlu datang beberapa kali untuk rawatan susulan. Punyalah complicated so aku cakap doc buat dulu gigi lubang yang lain. Saya nak tahan dulu kalau-kalau boleh hilang sakit.

So selepas lebih kurang seminggu selepas rawatan tu, gigi geraham & taring yang sakit tu still sakit, makanya aku hilang selera makan. Nak minum pun seksa sebab sangatlah ngilu. Aku cakap kat diri aku, that's it. I can't take it anymore. So aku pun minta cuti (Jumaat) kat boss.

Makanya Jumaat tu aku pun pergi la, tapi kali ni aku gi dentist kat Alor Gajah.

Doc : Kenapa ya puan?
Aku : (ceritakan tentang sakit geraham & taring, sakit nyut2 ngilu bla bla bla)
Doc : Kalau saya ketuk ni sakit tak? (Sambil ketuk gigi geraham & taring daripada sisi)
Aku : Tak ( sambil geleng kepada & rasa pelik. Padahal tadi before masuk bilik doc rasa nyut nyut)
Doc : Biasanya rawatan akar disebabkan 2 sebab. 1 sakit sampai tak boleh tidur malam. Sebab kuman dah sampai akar. Ke 2, kuman ada di akar tapi tak sakit.
Aku : (dah runsing dah)
Doc : Kalau macam ni? Sakit tak? ( ketuk taring daripada tengah taring)
Aku : Aw awww.. Sakit doc.
Doc : Taring awak ni tampalan terlebih daripada sepatutnya. Takpe, saya cuba buang sikit tampalan ni. Lepas tu kita tengok macam mana.
Doc pun memulakan mesin dia.
Aku : awww.. (Ngilu yang amat bile mesin terkena gigi)
Doc : Sakit sangat ke?
Aku : Aah
Doc : Tahan sikit nya. Saya buat pelahan - lahan.
Aku : Ok 😣 ( doc teruskan mesin tiba2 ngilu tu hilang. Waaa.. That's a good feeling, sambil doc terus menggerudi gigi aku)
Doc : Ok tak?
Aku : (Angguk)

Siap je, doc soh aku kumur kumur. Wow.. Tak rasa ngilu dah. Happynya. Aku bagi tahu doc, hilanglah ngilu tu. So doc cakap untuk geraham tu tengok lah beberapa harini. Harini hari Ahad, dah 3 hari berlalu, gigi yang ngilu dah beransur. Alhamdulillah.

So moral of the story : Tampalan terlebih pun boleh menyebabkan kesakitan. Tidak perlu rawatan akar. Still praying. Korang yang sakit gigi, better pergi cek dentist, maybe a few places kalau sakit masih berterusan. Tapi kalau boleh jangan cabut. Rugi.

Ok sampai sini je. Till we meey again.

- The end -

Friday 27 January 2017

Sharing is caring : Mee Tarik Warisan (Mydin Pulau Sebang)

Assalamualaikum semua readers.

Kali ni aku nak share cerita aku pergi makan Mee Tarik Warisan yang hot diperkatakan. Akhirnya aku ada rezeki nak rasa. Walaupun dah banyak kali ke Mydin Pulau Sebang tapi baru harini ade kesempatan nak rasa. From my point of view, harga ala-ala kopitiam. Nak kata murah tak lah murah, lebih kurang makanan semangkuk range harga dalam RM10.00.

Konsep diorang ni, memula kite lihat-lihat menu then tulis atas kertas order macam kat Old Town White Coffee. Tapi yang tak best nya, lepas dah tulis kat kertas order tu, sendiri tulis, kite customer kena bangun pergi kat kaunter hantar kertas order & bayar terus. Aku pun tak paham, kalau dah tulis kat kertas order kenapa lah kite kena pergi bayar kat kaunter sendiri, apa gunanya tulis kat kertas? Bek order terus je kat kaunter. Pas dah bayar tu, korang kena la angkat air korang sendiri. Dorang hanya hantarkan makanan je ke meja mungkin sebab makanan perlu tunggu dorang masak, kalau tak makanan pun kena angkat sendiri.



Resit pembayaran

Seperti yang korang boleh tengok kat resit tu, harga tak la murahkan, lamen soup RM 9.80. memang tak puas hatilah. Harga mahal tapi kite kena jalan bayar sendiri & angkat air sendiri.



Pertunjukkan membuat mee tarik HOMEMADE

Air lemonade = RM 2.90


Fried Lamen with Beef = RM 11.80

Zoom mee goreng, nampak tak beze mee tarik

Bismillah...

Lamen Soup with Sliced Beef = RM 9.80

Mee Soup with Braised Beef = RM 12.80

Rasa from our tastebud. Korang kena lah rasa dulu. Setiap orangkan tak sama.

Mee soup with braised beef - Ok sedap sup dia. Mee lebih halus daripada mee goreng. Kuah sup dia agak pedas dan berminyak. Ni sesuai untuk orang yang suke makanan berminyak. For me, x berapa suke oily food. Ni adik aku yang order & she liked it. Aku bagi 3 bintang drpd 5.

Lamen soup with sliced beef - Lamen tuh maksud dia mee. Orang kedai tu cakap. Yang ni aku punye. And aku memang suke everything about this mee. Soup sedap, mee sedap & sliced beef memang sedap. memang abis la aku makan. Highly recommended. Torbaik. Aku bagi 5 bintang drpd 5.

Fried Lamen with Beef - Yang ni makanan mak aku order. And dia sangat tak boleh masuk dengan rasa dia. Mee goreng ala - chinese. so so je rasa dia. Aku bagi 2 bintang drpd 5.

So, itulah serba sebanyak yang aku boleh kongsikan. Apa-apa pun korang kena cuba sendiri. At least once. Sekian, Wassalam.



- The end -



Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers