Monday 29 June 2015

Resepi : Overnight oat

Assalamualaikum semua readers!

Selamat menyambut Ramadhan 2015. Diam tak diam dah masuk 12 hari umat islam berpuasa kan.. korang selalu sahur ape? ni aku nak kongsi satu resepi ringkas dazn mudah sahur.. mengenyagkan dan sihat.. kalau betul caranya boleh kurus ni.. hehe..

RESEPI OVERNIGHT OAT

Bahan :

Oat 1/2 cawan
Susu Strawberry 1 kotak kecil
Yogurt 1 cawan (yang jual kat kedai tu)
Buah-buahan segar - contoh, mangga, strawberry, blueberry, dan ape jua yg korang suke

Cara :
 1.Malam hari, masukkan oat,susu dan yogurt.
2. Kacau hingga sebati dan masukkan dalam peti sejuk, biarkan overnight.
3. Esok pagi nya bole makan. Letak potongan buahan2 segar.

Aku dah cuba semalam, sedap dan kenyang sampai waktu berbuka. Perut langsung x pedih, Harini aku makan nasi, tengahari perut dah pedih.. esok aku nak sahur oat lagi la.. Ok korang selamat berpuasa..

- The end -

Sunday 28 June 2015

Hotel review : Raya Guest House


 Assalamualaikum pembaca sekalian..

OK entry kali ni aku nak cerite tentang penginapan aku kat Krabi.. Ye aku tau yg fufular dikalangan pelancong from Malaysia, Aonang Goodwill yang terletak di Aonang Beach.. Aku ade la jugak usha.. affordable and ade bath tub.. tp time ak nak pergi tu full house la pulop.. tapi ade lagi satu review tentang Havest Guest House.. pon full house jugak.. Aku pun usha la kat booking.com dapat la jumpa Raya Guest House yang terletak berdekatan dengan Nopparattara Beach, 10 minit berjalan kaki dan 2 minit naik motor and dalam 5 minit dengan menaiki motor untuk ke Aonang Beach. 

So, bila dah stay sini, ada beberapa pendapat aku tentang Raya Guest House.. Overall aku bagi 9/10..  Kenapa aku bagi 9 over 10 sebab recetionist dia ada sampai jam 7.00 pm je.. if apa2 terjadi malam2 agak susah sebab diorang stay tempat lain. And owned by bukan warga tempatan Thai.. if im not mistaken finland ke.. ntah x hengat la pulak hakak.

Ni la rupa kawasan guest house tu.. 


Close up sikit..Ok nampak x kaca tu?
 Itu adalah kedai untuk skuba and tgkat atas2 tu baru la bilik penginapan..
So bila first time sampai jangan terkejut pulak ye.. Anda di tempat yang betul..


Ok, dari jauh korang boleh nampak sclupture siput ni

Ok, da tengokkan gambar di atas? Actually guest house untuk divers, tapi orang2 mcm kite ni boleh je if nak stay sini.. tempat ni memang tenang and aman. Masa kitorang sampai, orang yang sambut tu nama dia Sunny, pempuan mat saleh. Settle semua urusan pendaftaran bagai, kitorang pun naik bilik, rehat2.. penat kot seharian perjalan sebab kitorang naik keretapi..hehe.. nak tau pengalaman naik keretapi boleh baca kat sini..

Tentang booking pulak ye. Aku book masa kat malaysia lagi.. beberapa minggu sebelum pergi kot.Cari guest house ni kat booking.com dengan harga RM270 (2400bath more or less) untuk 4D3N, so about RM90.00 per night. Kalo Thai punye duit kena tengok currency, selalu berubah. Ni harga untuk Mac, 2015. Harga termasuk, 10% service and 7% VAT.

Ok like i said earlier... bilik di tingkat atas.. tiada lift ye..
better bawak bag pack.. mudah nak angkut

Bersih je tempat dia kan

Thats our room, lucky 204..hehe

Ada pesanan oleh penaja..hehe

Dah tengok seba sedikit tentang guest house ni so jom kite intai2 sikit fasiliti yang disediakan..

Ada peti ais and ada 2 botol air mineral kalo x silap

Ada TV and mostly siaran Thai yg x ada subtitle.. memang x paham..huhu

Ada a few books for reading


Ni gambar plag.. and boleh je connect our charger.. x perlu pun beli universal connector

Ada kabinet.. aku isi stok makanan utk seminggu

Queen bed size and ada penghawa dingin
(abaikan cadar tu, mule2 sampai x sempat amek gambar terus landing, keletihan)

Balkoni

Ada disediakan 1 kerusi kat balkoni

Ada almari solek

Ada almari baju 

Kitorang minta extra pillow

Tandas, bersih tapi tiada sabun disediakan..hanya tisu tandas,
kitorg beli sabun di kedai yang berdekatan



Tandas yang luas dan bersih


Da tengok kan fasiliti nye.. memang ruang bilik yang luas dan banyak perabot.. macam sesuai kalau nak tinggal sebulan.. haha.. since ni adalah guest house ada juga pantry kat ground flour, which is kite sebagai penyewa boleh guna fasiliti yang disediakan.. ada pinggan mangkuk, cawan, sudu, gula, sus, teh etc...

Antara makanan yang ada.. boleh guna kalau sudi..hehe


Ada water heater, toaster, etc..


Pinggan mangkuk, ada cutlery, 



After 7.00pm pintu ini akan ditutup.. so kalau nak keluar lalu pintu belakang

Pantry..

So, inilah kemudahan yang disediakan utk kami. Aku dan suami berpuas hati walau pun bukan terletak di Aonang Beach. Kalau sesiapa yang suka happening night, better stay kat area Aonang.. malam2 kat sini memang sunyi sepi.

Berdekatan dengan guest house, ada family mart iaitu kedai 24hours, macam 7eleven, and ada tempat sewa motor, dan juga gerai makanan..

Ni la tempat sewa motor tu
motor yang kami sewa.. ada ketam..hehe

Sini la tempat nye, berdepan dengan raya guest house

Tinggal kenangan, ada ayam goreng tertinggal dalam ni.. negh..ngeh..

Cun tak pak we I?
Sewa motor 150bath / day - berbaloi sangat sebab kitorang bawak g Emerald pool.. akibatnya? burn sampai 3 bulan..huhu

Petrol 100 bath sekali isi or more

Petrol layan diri
Gambar atas ni contoh petrol layan diri... aku lupe nak amek gamba petrol layan diri yang berdekatan Raya Guest House tu, memang mesin ni cakap bahasa Thai.. satu hape pun x paham.. tapi warga tempatan sangat baik,, diorang tolong kitorang..hehe

Rasa nya, setakat ni je aku nak kongsi pada entry kali ni, harap2 percutian yang korang rancang berjalan dengan lancar,, selamat pergi dan selamat balik.. Krabi memang seronok.. One day aku akan pergi lagi sekali. (._.)



Wednesday 24 June 2015

Job Inai / Henna : Adilah - Bukit Nagka, Alor Gajah, Melaka (12/2/15)


Assalamualaikum.. Ni nak tunjuk job menginai seorang yang bertuah yang bernama Adilah. Menginai di rumahnya di Kg Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka. Jom check it out..















Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers