Monday 24 August 2015

Zoom in Melaka : The Shore

Assalamualaikum & salam sejahtera readers.

Salam Merdeka !!



Melaka ada shopping complex baru.. nama diberi The Shore. Terletak berdekatan Plaza Hang Tuah. Actually aku tak tau sangat la apa yang ada kat situ. Korang mesti cuba datang dulu kay..

Apa yang best kat The Shore? First aku pergi Seoul Garden dia.. memang best la spacious & privacy, Time tu x ramai orang so memang best la. Boleh baca entry Seoul Garden untuk selanjutnya.



Selain daripada Seoul garden, ada juga tempat menarik contoh macam:

Sky Tower - 43 tingkat dan boleh tengok pemadangan. Malam paling best. Ok untuk masuk ada bayaranya. RM18/entry untuk dewasa. Kanak-kanak tak ingat pulak berapa.

Oceanarium -  Tempat aquarium. Nampak macam cantik dan berbaloi kot. RM25/entry untuk dewasa.

Lockdown - Macam best tempat ni, game adventure. Tak tanya pulak berapa bayaran masuk.

Asian Avenue - Cantik untuk ambil gambar sebab decoration & dalam dia ada pelbagai kedai. Pun aku tak masuk.

Kg Morten pandangan daripada The Shore


Selain tarikan yang disenaraikan, ada pelbagai kedai untuk shopping. Ok la jom layan gambar.

Sky tower

Nak ke Sky tower ni pun agak challenging.. Daripada G korang kena naik escalator sampai tingkat 3A.. Cari lobby hotel then naik lift ke tingkat 41. Daripada tingkat 41 korang ada 2 pilihan, nak naik lift atau nak naik tangga utk ke tingkat 43 dimana kaunter masuk ke Sky tower. Kalau nak naik lift pun korang still kena turun kat tingkat 41 sebab kena tukar lift lain. Lift tu sampai 41 shj. Disebabkan shock kitorang decide untuk naik ke Sky tower pada hari lain.So kitorang tengok sampa tingkat 43 shj la.. tiket kaunter.


Pemandangan daripada tingkat 42 - tangga


Tangga daripada tingkat 41 naik ke tingkat 43



Me and my love

Lift daripada tingkat 41 ke tingkat 43

Tangga nak naik ke tingkat 43 daripada tingkat 41

The Shore Oceanarium

First time tau yg The Shore ade ala-ala aquaria. So memang x expect nak masuk. Maybe next time. Dekat luar oceanarium tu ada juga la 4 akuarium. Cantik juga ikan-ikan dia.
Entrance fee
RM25 - adult
RM18 - children
if im notmistaken la.. nanti update semule..hehe

Akuarium

Ikan

Pintu masuk oceanarium


Asian Avenue












Lockdown - Real escape game

Tengok nama dah menarik & sejujurnya aku pun x pernah masuk lagi. Ada jugalah planning nak pergi dengan kawan pejabat. So bila dah pergi nanti aku update ye.

- The end -





Tuesday 18 August 2015

Zoom in Melaka : Seoul Garden, The Shore


Assalamualaikum semua..

Entry pada kali ni aku nak cerita tentang Seoul Garden..


Seoul garden adalah tempat makan ala-ala korea. Ada grill dan ada steamboat.. Macam-macam pilihan yang kita boleh ambil dan adalah secara buffet. Macam haritu aku dengan hubby pergi hari Sabtu untuk lunch, dua orang RM94.00. Memang puas hati.. kenyang gilerrr...haha

Pinggan dan cutlery

Happy me & my hubby

Pilihan kami.. tomyam as steamboat soup





Pilihan marinate untuk grill sangat banyak.. ada ayam, daging lembu, kambing, ketam, sotong, udang dll... macam-macam ada.. dan pebagai perisa, satay, curry, blackpepper, teriyaki, coffe dll.. My fav is chicken bulgogi & chicken BBQ.



My Fav

Satay chicken my husband punya fav


Yang gambar tengah2 tu sume sotong-sotongan ada pelbagai flavor

Seafood ada Lala, udang, stotong kering, ketam etc




Selain marinate ada juga steamboat.. Ada pelbagai pilihan sup, ayam, tomyam, kimchi etc.. dan bahan-bahan nak rebus pun banyak.. ada sayur-sayuran, mee, maggie, bihun, tahu-tahuan, seafood pun ado.. pelbagai..



Ada juga kimchi, coleslaw & potato salad


Pilihan sayur-sayuran & mee. Ada juga lettuce untuk sesiapa yang suka warp ala korea

Pelbagai pilihan sos juga.. sos pencicah.. Memang sedap bila kita cicah sekali. Yummy...

Pelbagai pilihan sos

This is my fav.. garlic chilli sauce - rasa masam. manis



Untuk minuman pulak, masa bayar kita akan dapat cawan kosong dan ada pelbagai pilihan air.. soft drink dan tea..Kalau nak minum air panas pun ada, perlu guna cawan lain. Masa kat kaunter tuh bagitau awal-awal.

Ais hancur untuk minum dan buat ABC


Ais boleh ambil sendiri

Antara pilihan yang ada, ais lemon tea, apple tea, lemonade, white coffe,..


Apple tea untuk husband I
Selain minum air kita juga boleh buat ABC sendiri dan ada pelbagai perisa ais krim di sediakan, kebiasaan ada 6 perisa untuk di pilih serta ada beberapa pilihan untuk toping. Buah-buahan juga ada. Korang juga boleh buat float. Aku penah cube and memang sedap. Pepsi + vanila & cookies ice cream.


Bahan - bahan untuk buat ABC

Pilihan buah - buahan

Toping untuk ais krim..

Pelbagai pilihan ais krim

Pilihanku.. mango & strawberry + corn flake.. TERBAIK

Selain daripada makanan - makanan di atas.. ada juga nasi goreng dan pau. Aku memang tak amek la.. dah kenyang bebenau.




Kalau nak pergi Seoul Garden, better pergi dengan perut yang tengah lapar dan pergi ramai-ramai. Memang seronok. Selain kat The Shore, dekat MP pun ada Seoul Garden. Bagi aku dekat The Shore lagi best sebab orang tak ramai so tak la segan sangat nak jakun-jakun..haha

Highly recommend
***************


- The end -








Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers