Monday 30 March 2015

Buat passport.. do and dont's... latest 2015

Hai uolss.. Rasa macam nak bagi tips kepada sesiapa yang nak buat passport tu.. For my experience.. Kali ke 3 datang baru dapat buat  huhu.. Ni semua sebab lack of experience.. Ok i oll cerita secara terperinci ya..

Day 1 : Pergi UTC melaka yang terletak berdepan dengan stadium kubu. Habis survey kat kawan2.. Ramai cakap..murah je.. Rm100 untuk 2 tahun. So saya dan suami pun pergi la malam tu nak buat. Sekali da sampai baru tahu.. Yang rm100 utk 2 tahun dah dimansuhkan..

So sekarang yang ada hanya rm200 untuk 5 tahun..

Day 2 : Kami pergi lagi sekali UTC melaka sebabnya haritu masa pergi duit x cukup la pulak.. Kami sampai di kaunter jam 9.03pm.. Tak boleh juga buat passport time tu sebabnya? Sebab urusan dikaunter sehingga jam 9.00pm sahaja. Walaupun dia tulis sehingga jam 10.00pm.. So sad.. 2 kali da kot 😭😭😭😭😭

Day 3 : Malas dah nak pergi UTC we olls try pergi dekat Ayer Keroh plak.. Alhamdullilah.. Da dapat dah passport.. Yeay!!! Dalam masa lebih kurang 3 jam la.. So sesiapa nak buat tu memang kena spend masa lama sikit la..

Apa yang perlu uolls bwk?

1. MyKad korang
2. Kalau nak renew bawak passport lama
3. Duit rm200
4. Bawak diri sendiri.. Hehehe
5. Gambar - tidak perlu ambil kat luar.. Nanti kat situ dorang ambil gambar korang.  And f.o.c

Tips : untuk perempuan yang bertudung pakai tudung hitam and x perlu nak mekap2 pun.. X perlu nak pakai gincu pun sebabnya gambar korang nanti black and white.  Yang pakai spek pun kena bukak masa ambil gambar nanti. Untuk lelaki, pakai baju gelap.

Ni la hasil gambar.. black n white without spek... nampak boolat je muke iii..hihi

Dah siap my passport.. untuk 5 thn harap boleh la dapat banyak cop..huhu


Wehuui... Dah siap passport.. Mudahkan kalau tahu..hihi.. Lets fly..




Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers