Thursday 14 January 2016

Sharing is caring : Zakat itu wajib! Rukun Islam ke-3.

Assalamualaikum readers sekalian.
Harini terlintas pulak nak bercerita mengenai zakat. Aku dan kengkawan opis baru berbincang mengenai zakat. Dan baru ku sedar yang zakat itu wajib. Mase zaman sekolah memang tau zakat itu wajib tapi bila dah kerja, dah ada pendapatan sendiri aku lupa kewajipan sebagai umat Islam. Astaghfirullah al azim.. Maafkan aku ya Allah.

Yang aku tau, hasil dari perbincangan dengan kengkawan dan buat sikit research. Percentage zakat adalah 2.5% samada zakat pendapatan, zakat perniagaan mahupun zakat harta. Senang je nak kira, contoh lah zakat perniagaa. Bulan Januari pendapatan bersih selepas tolak semua-semua darab dengan 2.5%. So cara nak bayar? Lagi mudah kalau korang ada internet banking. Yang aku tau maybank and CIMB bank.

Maybank2u

After dah login,
pilih Account & banking
- kolum kiri, Bill payment
- make a one off payment
- view all payees by catagory
- zakat & charity
- select from list
- pilih nak bayar zakat atau charity
- then bayar berapa kadar zakat korang.

Bagi yang x de internet banking korang boleh la ke pusat zakat memasing. Marilah kita menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam. Dan sucikan harta. Wallahualam.

- The end -



Wednesday 13 January 2016

Zoom in Melaka : Taman Botanikal, Ayer Keroh

Assalamualaikum readers..

Cari tempat untuk beriadah? Atau saja nak jalan-jalan dengan family? Pergilah Taman Botanikal yang berdekatan dengan Taman Buaya, Zoo Melaka & PLKN Ayer Keroh. Entrance fee is free.

Kawasan memang besar dan hutan simpan. Udara nyaman dan tenang je. Ada pelbagai riadah boleh dilakukan seperti berjalan 10000 langkah, jogging, berbasikal yang terbaru ada skytrek.

Kalau buat 10k langkah tu, nak-nak dengan kawan sekepala, sepanjang jalan 10k tu macam-macam cerita boleh kekuar.hahaha.. Sambil tu boleh baca fakta-faka yang ada disepanjang jalan. Memang seronok.

Selain daripada beridah, ada juga pengantin yang ambil gambar (outdoor photoshoot). Selain tu, boleh bawa anak-anak sebab dalam tu ada banyak dinasour.  ✌

Sebelum masuk ke dalam

Ada dinasour

Cicak kobeng..hehe






Ada mammoth

Cave

Ni cerita arnab vs kura-kura

Ni cerita sang kancil & buaya



Sebenarnya ada banyak lagi gambar dan cerita rakyat yang dijadikan statue. Kami pun seronok, budak-budak pun seronok. Rasa macam betul-betul pergi tengok dinasour sebab size yang besar. Korang pun pergi lah bawak anak-anak. Luangkan masa bersama, apa orang kata Quality Time. Ok lah setakat sini sahaja. Harap dapat membantu.





- The end -

Zoom in Melaka : Roller blade di Dataran Pahlawan

Assalamualaikum readers..

Pada entry kalini aku nak share pasal new attraction kat Melaka ni. Fenomena bermain roller blade. Di dataran pahlawan also known as DP, ada menyediakan sewaan roller blade. Daripada pemerhatian aku ada dalam 5 - 6 indidvidu yang menjalankan bisnes menyewa roller blade.
Harga sewaan adalah RM10 unlimited time.
Ada sesetengah yang minta tinggalkan Ic as security. Bermula jam 7.00pm until midnight.
Dinasihatkan bawa stokin & pakai pakaian yg sesuai.

So kalau korang ke Melaka boleh la ke DP. Kalau tak nak main pun boleh lepak-lepak sebab memang happening area situ. Ada wayang (GSC), game arcade, shopping, karaoke dan pelbagai lagi.
Gambar belum ada nanti aku update.

P/s : Kalau nak shopping kat Melaka make sure bawak plastic bag atau ape2 bag sebab kat Melaka dah tak bagi plastic bag especially kat Mydin & Aeon.

- The end -

Thursday 7 January 2016

Hotel review : Agro Highlands Resort, Cameron Highlands

Assalamualaikum readers sekalian. Apa khabar semua? Ade plan nak bercuti?

Dalam Malaysia, dekat je..

Kali ni aku nak review hotel di Cameron Highland. Yang aku and family stay for our last holiday, ala-ala short vacay.

Nama diberi Agro Highland Chalet, Brinchang.
Tempat ni dipunyai oleh orang islam & Melayu. Yang berasal daripada Perak.

Hadapan Agro Highand Chalet

Owner - known by former people Hj Tee

Aku check in pada 30/12/15 dan check out pada 31/12/15. Betul-betul hujung tahun. Dan masa ni cuaca amat la sejuk. Malamnya mencecah 13°C. Best kau.. Jakun la kejap kan. Nasib x de asap-asap keluar mulut.

Price : RM250.00 + RM50.00(deposit)
2 buah chalet yang dapat menempatkan 3 orang 1 bilik. Ada 1 katil queen and 1 katil single. Yang boleh ditarik. Tandas duduk dan pemanas air pun ada. Tv tanpa astro, tiada penghawa dingin/kipas. Towel dan sabun disediakan. (Sabun buku jenama May). Ada 3biji cawan, 3 botol 500ml air mineral, seterika, iron board dan kettle. Mungkin agak mahal 1 bilik RM125.00 tapi aku rasa better than bajet hotel.

Apa yang menarik tentang chalet ni, dia ada sediakan juga apartment utk family. Yang tu kena tanya diorang la. Yang best nye location dia stategik, sebab terletak di Brinchang. Malam-malam memang happening. Kul 11pm baru kedai tutup. So cakap banyak pun tak guna, jom layan gambar. Lets picture talk.

Lobby hotel.. tempat untuk check in

Ni la chalet aku.. boleh muat 3 orang

Keadaan didalam 1 katil queen, ada meja makan, ada cawan dan air mineral

Ada juge almari pakaian

Nampak tak bahagian atas bumbung? Ada tanam strawberry.. Class kau jah

From outside

So amacam? Best x? 
Kalau korang berminat boleh contact 
En Shahrul 013 - 718 5744 (whatsapp).



- The end -




Monday 4 January 2016

Sharing is caring :Tips for bride malam berinai

Assalamualaikum readers.. Kepada B2b macam mane preparation u oll? Keep on track x? Entry pada kali ni saya nak share a few tips untuk malam berinai kecil..

1. Make sure book henna artist awal sebelum sebulan sebelum tarikh nak menginai. Hari yang sesuai untuk menginai adalah sehari sebelum nikah atau sehari sebelum majlis. Siang atau malam doesnt matter as long u oll free time tu cos after pakai inai u have to stay still for a few hours especially if u pakai inai daun.. At least 6 hours until really dry.
2. Be prepare mentally. Mentally because u have to stay still. Diam-diam for a few hours. Kalau banyak gerak dikhuatiri inai anda akan tercela. Dan juga semasa inai sedang dilukis, anda sangat-sangat dinasihatkan untuk kurangkan pergerakkan dan kurangkan bercakap dan anda dilarang untuk ketawa. Sebab daripada pengalaman saya, jika pengantin berborak dan ketawa, tangan anda akan bergerak-gerak. Ini sedikit sebanyak merosakkan lukisan anda. Kadang-kadang bile syok sangat berbual pengantin sampai lupe ada inai ditangan dan kaki lalu mula garu sana garu sini.
3. Be prepare physically. Means that u kena ada ruang yang selesa. Samada dalam bilik atau ruang tamu doesn't matter. As long as luas. Pastu siap-siap mandi, makan and buang air. Pastu pakai seluar and t-shirt. Pakai tudung preferably sebab after pakai inai boleh ambil gambar. Selfie2.
4. Nak cantik dan dikenang selalu buat la tema. Macam retis-retis selalu buat. Contoh tema baju tidur, bollywood, arabic and etc.. Pakai inai untuk kahwin ni sekali seumur hidup. Ajak kawan-kawan rapat. Nanti boleh ambil gambar sama-sama. Banyak kenangan.

Tema Bollywood Yaya Maembong kredit gambar to Astro Gempak

Tema Bollywood Liyana Jasmay Kredit gambar to Hanida Moss

Tema baju tidur Hanez Suraya Krecit gambar to parahlu.blogspot.com

Tema Arabic Erin Malek Kredit gambar to Beautiful Nara

Tema Bali Sharifah Sakinah kredit gambar to Astro Gempak

Ok itu la contoh-contoh.Cantik dan meriahkan. Boleh dikenang nanti..


- The end -
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers