Saturday 28 January 2017

Sharing is caring : Sakit gigi

Assalamualaikum readers!

Harini aku nak share tentang sakit gigi. Merana juga aku dalam 2 minggu. Ceritanya :

Rabu : Gigi geraham kiri bawah aku sakit. Nyut nyut.. Time keje masa tu. Minta kebenaran boss nak time off, nak gi dentist. So pergi lah aku ke poliklinik Ayer Keroh, first kalau gi dentist government mesti diorang cek keseluruhan gigi. Doc cakap ada 4 lubang. Government ni boleh buat 1 kali pergi 1 job je, so aku minta doc tampal gigi geraham yang sakit tu. So da siap tu aku pun balik la.

2 hari selepas(Jumaat) Aku pun pergi lagi sekali dentist kat Ayer Keroh tu. Tapi kali ni nak buat gigi lain, doc cek gigi taring atas kiri lubang agak dalam so aku cakap buat tu la doc. Lepas buat tu mcm biasa la balik

2 hari selepas tu gigi bawah & atas yang tampal tu sakit. Especially yang geraham tu, nyut nyut.. Pastu yang taring tu pulak bila kena air putih, rasa ngilu sangat-sangat. So hari Isnin, aku pergi dentist lagi dengan adik aku. Doc cakap, lubang dalam so mungkin kena buat rawatan akar. Tapi x-ray kat klinik tu rosak, so doc kena buat surat rujukan & kena gi x-ray tempat lain then datang balik baru boleh buat. Dan perlu datang beberapa kali untuk rawatan susulan. Punyalah complicated so aku cakap doc buat dulu gigi lubang yang lain. Saya nak tahan dulu kalau-kalau boleh hilang sakit.

So selepas lebih kurang seminggu selepas rawatan tu, gigi geraham & taring yang sakit tu still sakit, makanya aku hilang selera makan. Nak minum pun seksa sebab sangatlah ngilu. Aku cakap kat diri aku, that's it. I can't take it anymore. So aku pun minta cuti (Jumaat) kat boss.

Makanya Jumaat tu aku pun pergi la, tapi kali ni aku gi dentist kat Alor Gajah.

Doc : Kenapa ya puan?
Aku : (ceritakan tentang sakit geraham & taring, sakit nyut2 ngilu bla bla bla)
Doc : Kalau saya ketuk ni sakit tak? (Sambil ketuk gigi geraham & taring daripada sisi)
Aku : Tak ( sambil geleng kepada & rasa pelik. Padahal tadi before masuk bilik doc rasa nyut nyut)
Doc : Biasanya rawatan akar disebabkan 2 sebab. 1 sakit sampai tak boleh tidur malam. Sebab kuman dah sampai akar. Ke 2, kuman ada di akar tapi tak sakit.
Aku : (dah runsing dah)
Doc : Kalau macam ni? Sakit tak? ( ketuk taring daripada tengah taring)
Aku : Aw awww.. Sakit doc.
Doc : Taring awak ni tampalan terlebih daripada sepatutnya. Takpe, saya cuba buang sikit tampalan ni. Lepas tu kita tengok macam mana.
Doc pun memulakan mesin dia.
Aku : awww.. (Ngilu yang amat bile mesin terkena gigi)
Doc : Sakit sangat ke?
Aku : Aah
Doc : Tahan sikit nya. Saya buat pelahan - lahan.
Aku : Ok 😣 ( doc teruskan mesin tiba2 ngilu tu hilang. Waaa.. That's a good feeling, sambil doc terus menggerudi gigi aku)
Doc : Ok tak?
Aku : (Angguk)

Siap je, doc soh aku kumur kumur. Wow.. Tak rasa ngilu dah. Happynya. Aku bagi tahu doc, hilanglah ngilu tu. So doc cakap untuk geraham tu tengok lah beberapa harini. Harini hari Ahad, dah 3 hari berlalu, gigi yang ngilu dah beransur. Alhamdulillah.

So moral of the story : Tampalan terlebih pun boleh menyebabkan kesakitan. Tidak perlu rawatan akar. Still praying. Korang yang sakit gigi, better pergi cek dentist, maybe a few places kalau sakit masih berterusan. Tapi kalau boleh jangan cabut. Rugi.

Ok sampai sini je. Till we meey again.

- The end -

No comments:

Post a Comment

Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers