Monday 12 September 2016

Resepi : Bubur ayam ala McD

Assalamualaikum readers.





Entry kalini aku nak share resepi bubur ayam ala McD. Resepi asal bubur ayam, sebab banyak daging korban so aku pun buat la bubur daging. Actually bubur daging lagi sedap daripada ayam. Ok lah jon tgk bahan-bahan & cara nak buat.




Bahan-bahan :
2 gengam beras
Sepenumbuk daging (hiris halus2)
Kentang sebiji
2 biji Bawang merah (hiris)
1/2 inchi halia (hiris)
1/2 kiub ayam
Garam sekucup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Basuh beras & tenggek atas api. Air letak lebih banyak berbanding nak masak nasi tu. Rajin-rajin cek & kacau.
2. Bila beras tu dah macam nasi, tambah air lagi. Tambahkan juga semua bahan-bahan lain. Biarkan sampai kentang & daging empuk.
3. Kalau masih x puas hati texture bubur tu tambah lagi air. Masak sampai jadi bubur.
Kalau korang suka, boleh letak sayuran lain macam carrot, kacang peas etc.
Untuk hidang boleh tambah daun bawang & bawang goreng.

Selamat mencuba! 😘😘😘

- The end -

No comments:

Post a Comment

Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers