Thursday 2 July 2015

Ceritera Henna : Tempat pertama dalam Pertandingan Ukiran Inai (31/5/2015)






Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 31 Mei 2015 yang lalu, Ikha Henna Artist ada menyertai Pertandingan Ukiran Inai Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 anjuran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka yang betempat di Dataran Sungai Melaka (Tempat naik river cruise / belakang muzium samudera - yang kapal besar tu).

Sebenarnya ni adalah pengalaman yang pertama buat aku dan alhamdulillah dengan rezeki Allah aku mendapat tempat pertama - Yeay!!!!

Nak dijadikan cerita, aku dapat tahu tentang pertandingan ini daripada seorang kawan di FB - Sadiqah - thanks chic qa.. appreciate sangat2..muah muah,,, dan pada hari pertandingan aku sampai lewat kira - kira 15minit disebabkan jalan terlalu sesak sebabnya minggu itu adalah cuti sekolah dan ramai pelancong datang melawat Melaka. Kalau sesiapa pernah ke Melaka, mesti tau muzium kapal yang besar tu... area pertandingan adalah di situ dan aku terpaksa park kereta di Mahkota Parade.. the only parking spot yang ak dapat jumpe after dah 2 3 kali round.. memang jauh berjalan di tengahari panas tu..huhu...

Banner Pertandingan

Pada hari yang sama aku bertanding tu ada pelbagai lagi pertandingan seperti Pertandingan Make Over Flower Girl dan Pertandingan Andaman Pengantin Etnik..

Iklan pertandingan ukiran inai

Iklan pertandingan andaman - hadiah lumayan

Iklan pertandingan flower girl - cute2 semua

Memang seronok dapat menyertai petandingan ni and for the first time aku menang pulak tu... TEMPAT PERTAMA.. terima kasih kepada juri-juri profesional.. Im looking forward to join another competition.. Jom layan gambar sekitar pertandingan..


Masa ni pertandingan dah mula tapi aku x sampai lagi..huhu

Para peserta tengah khusyuk mengukir inai


Satu - satunya peserta lelaki..


Nampak x my mom.. gigih memayungkan anaknya.. panas gile kot..


Itu Ikha Henna pakai tudung oren.. duduk hujung meja

Tengok my model.. berkerut muka sebab panas

Terima kasih mak tolong payung kitorang

Para juri sedang berbincang

Kite pose dulu.. ngeh ngeh,,

Juri dah start meninterview

Emcee yang diimport dari JB.. sempoi

Giliran aku pulak di interview oleh juri..
Selepas tunggu dalam 30 minit... mereka pun mengumumkan pemenang nye.. dan ambil hadiah pada sebelah petang...Sebelah petang juga ada pertandingan flower girl dan andaman..

Owner D'Apple Andaman tengah mekap model nye

Mekap flower girl


Comel adik ni..

After mekap ni dorang pun buat la catwalk then dinilai oleh juri dan terus majlis penyampaian hadiah..

PENYAMPAIAN HADIAH
PERTANDINGAN MENGUKIR INAI

Tempat pertama - Ikha Henna Artist

Tempat kedua - Bahiyah

Tempat ketiga - Murni Moon Henna Artist

PERTANDINGAN FLOWER GIRL

Ramai peserta dan x sempat nak upload semua

Tak tau adik ni dapat no berapa

PERTANDINGAN ANDAMAN ETNIK

Ada ramai peserta untuk pertandingan andaman, dan gambar dibawah bukan ikut turutan pemenang sebab aku dah lupe sape dapat no satu..huhu.. l

Andaman D'Apple

NI x tau andaman mana

Kalau x silap andaman ni paling banyak rongkol hadiah tapi x tau andaman mana

Group photo - sedey gambar aku x nampak sebab duduk paling tepi..

Atas pentas - aku paling kanan nampak ciput jek..sob sob

Bawah pentas - aku paling kiri dan langsung x nampak gambar..
hello ni first winner tau.. x profesional sungguh camereman ni... *kecewa*
Gambar - gambar diatas kredit kepada Hulubalang Sdn Bhd 

Tak puas hati dengan gambar tu, minta tolong adik Nadiah amek kan gambar aku dengan model aku..

My mom suggest lukis corak ni - corak pilihan ramai perantin

My model - Siti Nadiah

Hadiah pertandingan wang RM150 + hamper + sijil

Melaka River International Festival 2015

Pemenang tempat pertama

Walauapa pun ni adalah pengalaman yang terindah buat aku sebagai pengalaman pertama menyertai pertandingan.. Terima kasih kepada semua yang terlibat Nadiah - my henna model , Hulubalang  , MPHTJ - selaku penganjur ,adik nadiah (Dr. Atikah) -sudi jadi camerawomen, Sadiqah - war -war kan tentang pertandingan dan yang paling penting adalah MY MOM - PUAN SULABIAH banyak bersusah payah untuk aku.. sungguhnya kasih ibu membawa ke syurga,, Love u mak..

Ikha henna artist ada buat perkhidmatan menginai pengantin ke rumah disekitar Melaka, Muar dan Tampin... untuk hubungi :

whatsapp : 017 - 3119395
facebook : Ikha Henna Artist
Instagram : ikha88







- The end -



















No comments:

Post a Comment

Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Daisypath Anniversary tickers